Tuesday, October 20, 2009

Pitis (DUIT)

Suatu Hari Jumaat, Pak Mat pergi ke Masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana dia memakai kain, dia hanya membawa bersama duit RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari Masjid. Selepas menerima baki wang dari conductor bas, Pak Mat memasukkan wang baki 50 sen kedalam saku baju Melayunya.


Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri merapatkan saf mengikut jemaah-jemaah yang lain.

Ketika hendak rukuk,duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di Saf depan.Memikirkan hanya itu saja wang yang dia ada,dia pun menegur orang di Saf depan.



Pak Mat: Jangan ambik Pitih Aku tu(Jangan ambil duit aku tu)

Jemaah 1: Eh, Aku tak sey limo puluh sen tu gak(Aku tak mahulah duit 50 sen tu)

Jemaah2: Weh, Ore semaye mana Bule Kecek(Masa sembahyang mana boleh Bercakap)

Jemaah3: Hoaaa…Mu kecek tuh…(Yang kau bercakap tu..)

Jemaah4: Mujo aku tak kecek(nasib baik aku tak cakap apa-apa)


Jemaah lain terbahak bahak ketawa.



Apa kesudahannya…………?

3 comments:

Syed Mohd Syahmi said...

ape ore klate kecek lime puluh sen.
samah la be.
adoi.
fail2 :P

naqiuddin said...

org sunni klate cakap samah tp org syiah ckp 50 seng.
wahabi skali kot.
hahaha.

waristudio said...

apo hah gadoh??
x best ar entri x de ending