“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah yang sememangnya seorang pemerintah di dalam negeri usrati...keluarga aku....
Aku memandang kepada Emak yang merupakan vice-pemerintah. Emak angguk sahaja tanda menyetujui arahan yang dikeluarkan pemerintah yang bukannya diktator seperti diktator-diktator yang terpahat namanya di dalam lipatan buku sejarah. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh di masjid la tu..jom ke masjid.. Jangan melawan. Syurga dibawah tapak kaki ibu. jadi selalu selalulah cium kaki ibu anda kalau mahu cium bau syurga..ini adalah majaz...
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang melantak-lantak sampai rasa terlentok-lentok hampir terhentak dinding yang bersebelahan dengan kotak-kotak yang telah terkoyak.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. nampak lebih beriman walaupun tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti topi keledar mahupun tali pinggang kamen raider. Tawakkal...betul ke macam tu???hahaha
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Pelik. Benarkah?? Mataku digosok-gosok tanganku untuk memastikan tiada adegan mamai dalam cerita ini. Masih ternampak perkara yang sama. Aku tidak mamai. Ini bukannya mimpi, tetapi realiti yang tak dapat diterima akal seperti lambakan rancangan-rancangan realiti tv yang menguasai alam maya ini.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. rabun ke? Tapi pakai spek.... Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. Kubah pun qiam jugak ek..aku bermonolog sendirian..aku pulak??? anda semua?? entahla.....
“Kenapa ni?. apasal macam nampak gambar hensem kurus abah muda-muda je..” tanya Abah separuh sawan.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah dengan muka kondifennya seperti peserta who wants to be a millionaire yang sedang menjawab soalan bernilai....satu..ratus ringgit...tenet..tenet..tenet..
Astaga la vista..apalelela..alfonso de al-ikhsan...perkataan-perkatan yang terkeluar dari mulut abahku yang sepatutnya mengucapkan zikir subhanallah yang boleh memenuhi mizan.....
“Kepala otak udang engkau. Ko puasa ramadhan lagi ke di bulan dzulqaedah yang tidak dibenarkan berperang ni??Berapa lama engkau tak ke semejid??? berapa lama dah ko tak berdiri mengikut imam melaksanakan ibadah yang pahalanya 27 kali ganda dari apa yang dilaksanakan secara individual???
Tidak pasal-pasal aku kena marah dengan syarahan yang panjang melebihi dua khutbah yang dilaksanakan pada hari jumaat sayyidul ayyam.....
Rosak pengalaman suci aku ini.huhuhuhuhu~
wahai anakku....
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Jahil, nasib baik bapak kau tak letak nama abu jahil.eh,kalau kau jahil, akulah abu jahilnya ek??.semdol betul la anak aku ni” sambung Abah sambil marah-marah lagi. Huhuhu. Beginilah nasib diriku yang jahil oh tuhan.............
P/s :- Kesimpulannya…
rajin rajinla pegi ke masjid.. sebelum terlambat....
sehingga habisnya waktu solat...
insyaallah mendapat berkat...
dunia dan akhirat....
dihadiahi nabi dengan syafaat...
agar bila menjadi mayat...
tidak disebat.. .
di bahagian tulang belikat...
sampai sakit urat-urat..
.oleh para malaikat....
yang taat...
yang diberi taklifat....
ayuhlah muslimin semua...biar hanya kain pelikat...
lala lala..kain pelikat lala lala...
sementara masih sempat...
marilah kita semua sepakat....
di kampung al pening lalat..
.sembahyang solat wajib dan sunat..
.walaupun belum sunat...
menunjukkan yang kita taat....
dengan peraturan Allah yang tidaklah ketat....
jadi mengapa dilambat-lambat...
orang tua-tua nasihat...
biar lambat asal selamat...
tetapi telah dicacat
dengannya telah tercatat....
BIAR LAMBAT ASAL TAK CEPAT...
..hat...hat..hat...gelak pun nak t kat belakang..hot.hot.hot~~
merepek-repek lagi macam niyang rapik aku ni....
Assalamualaikum....
semoga bahagia, kawan
7 years ago
1 comment:
Hmm.........penulisan kresatif, ada sense of humor tapi masih bernada dakwah, tahniah naqi, ma'at taufiq fi hadza mahal.
Post a Comment