Saturday, October 31, 2009

Apakah Ini?????

emmmmmmmm.....

kenapa dengan aku ni...

apa nak jadi........

sampai sekarang tak siap assignment lagi...

dah 2 hari tak tidur....

sesuatu yang abstrak memang susah nak difikirkan....

i've the idea......

but there are some problems for the idea to be translated into drawings.....

and time is running out....

and till now...

i'm still searching...

i need some inspiration....

but....

apa yang aku merepek ni....

ya allah....

sembuhkanlah hambamu yang separuh sawan mencari idea...

kerana engkaulah Maha Penyembuh....


merepek lagi.....

gila......gila.....gila...


Friday, October 30, 2009

.......Lailatul Qadar...............

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah yang sememangnya seorang pemerintah di dalam negeri usrati...keluarga aku....


Aku memandang kepada Emak yang merupakan vice-pemerintah. Emak angguk sahaja tanda menyetujui arahan yang dikeluarkan pemerintah yang bukannya diktator seperti diktator-diktator yang terpahat namanya di dalam lipatan buku sejarah. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh di masjid la tu..jom ke masjid.. Jangan melawan. Syurga dibawah tapak kaki ibu. jadi selalu selalulah cium kaki ibu anda kalau mahu cium bau syurga..ini adalah majaz...

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang melantak-lantak sampai rasa terlentok-lentok hampir terhentak dinding yang bersebelahan dengan kotak-kotak yang telah terkoyak.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. nampak lebih beriman walaupun tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti topi keledar mahupun tali pinggang kamen raider. Tawakkal...betul ke macam tu???hahaha

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Pelik. Benarkah?? Mataku digosok-gosok tanganku untuk memastikan tiada adegan mamai dalam cerita ini. Masih ternampak perkara yang sama. Aku tidak mamai. Ini bukannya mimpi, tetapi realiti yang tak dapat diterima akal seperti lambakan rancangan-rancangan realiti tv yang menguasai alam maya ini.


Abah macam tidak nampak keganjilan itu. rabun ke? Tapi pakai spek.... Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. Kubah pun qiam jugak ek..aku bermonolog sendirian..aku pulak??? anda semua?? entahla.....


“Kenapa ni?. apasal macam nampak gambar hensem kurus abah muda-muda je..” tanya Abah separuh sawan.


“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah dengan muka kondifennya seperti peserta who wants to be a millionaire yang sedang menjawab soalan bernilai....satu..ratus ringgit...tenet..tenet..tenet..

Astaga la vista..apalelela..alfonso de al-ikhsan...perkataan-perkatan yang terkeluar dari mulut abahku yang sepatutnya mengucapkan zikir subhanallah yang boleh memenuhi mizan.....

“Kepala otak udang engkau. Ko puasa ramadhan lagi ke di bulan dzulqaedah yang tidak dibenarkan berperang ni??Berapa lama engkau tak ke semejid??? berapa lama dah ko tak berdiri mengikut imam melaksanakan ibadah yang pahalanya 27 kali ganda dari apa yang dilaksanakan secara individual???
Tidak pasal-pasal aku kena marah dengan syarahan yang panjang melebihi dua khutbah yang dilaksanakan pada hari jumaat sayyidul ayyam.....

Rosak pengalaman suci aku ini.huhuhuhuhu~

wahai anakku....



“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Jahil, nasib baik bapak kau tak letak nama abu jahil.eh,kalau kau jahil, akulah abu jahilnya ek??.semdol betul la anak aku ni” sambung Abah sambil marah-marah lagi. Huhuhu. Beginilah nasib diriku yang jahil oh tuhan.............


P/s :- Kesimpulannya…



rajin rajinla pegi ke masjid.. sebelum terlambat....

sehingga habisnya waktu solat...

insyaallah mendapat berkat...

dunia dan akhirat....

dihadiahi nabi dengan syafaat...

agar bila menjadi mayat...

tidak disebat.. .

di bahagian tulang belikat...

sampai sakit urat-urat..

.oleh para malaikat....

yang taat...

yang diberi taklifat....

ayuhlah muslimin semua...biar hanya kain pelikat...

lala lala..kain pelikat lala lala...

sementara masih sempat...

marilah kita semua sepakat....


di kampung al pening lalat..

.sembahyang solat wajib dan sunat..

.walaupun belum sunat...

menunjukkan yang kita taat....

dengan peraturan Allah yang tidaklah ketat....

jadi mengapa dilambat-lambat...

orang tua-tua nasihat...

biar lambat asal selamat...

tetapi telah dicacat

dengannya telah tercatat....

BIAR LAMBAT ASAL TAK CEPAT...

..hat...hat..hat...gelak pun nak t kat belakang..hot.hot.hot~~


merepek-repek lagi macam niyang rapik aku ni....

Assalamualaikum....

Apa nak jadi.....

hohoho..dah lama rasanya tak tulis monolog hati aku dalam ni...


blog hanya dipenuhi lawak-lawak bodoh yang tak ada siapa ketawa..hohohoh..aku yang ktawa seorang diri kerana gila..gila..gila...hahahaha....

aku tak pandai nak tulis benda-benda yang terlampau ilmiah kerana diri sendiri gersang dengan perkara-perkara ilmiah akibat tidak menumpukan perhatian ketika diajar ustazah salmiah..hohoho..


lagipun rasanya tak ada orang yang nak baca pun sebenarnya..hohohohohoh~

lagi-lagi dengan orang yang tak berilmiah dan bersahsiah yakni bukan siasah macam aku ni...ceh...melalut-melalut..

perkara-perkara ilmiah hanya dibaca oleh orang-orang yang berilmiah dan cintakan ilmu...

tapi..............

aku terfikir....

bagaimana nak menarik orang-orang awam yang sememangnya mempunyai fikrah bahawa perkara-perkara ilmiah yang selalunya disampaikan di majalah-majalah, buku-buku ilmiah dan tidak terlupa juga blog-blog yang berusaha siang dan malam.....bahawa benda-benda begini selalunya disampaikan dalam BENTUK TEKS YANG PANJANG LEBAR seperti buku teks yang dipinjam menngunakan skim SPBT.....

manusia zaman sekarang memppraktikkan bahawa mereka tidak boleh dipisahkan dengan hiburan...

jadi............

apa kaitannya hiburan yang bercambah macam kubis yang sudah naik harganya dengan apa yang dimerepekkan oleh saya di bahagian atas untuk makluman semua.....

saya sedang fikirkannya...

tak boleh..tak boleh..

saya tak boleh berfikir sambil merepek-repek menggunakan keyboard ni...

fikirlah...
saya pun nak pergi fikirkannya...



............................................~____~...........................
p/s : jangan melayani apa yang ditulis diatas...
sambung buat assignment..dah nak subuh...
alamak..ngantok.........

Jet Li and Steven Spielberg ......


Jet Li walked into a pub in New York with his pal. He says to his pal: “Hey! That’s Steven Spielberg over there! God, I wish he’ll come over to say “hi”.......


Spielberg suddenly walked over and gave the man a punch on the nose.



Li : “Hey!! What that’s for?!!!


Spielberg : “You bloody Japanese killed my granddad when youbombed Pearl Harbour!”


Li : “I’m not Japanese! I’m Chinese!”


Spielberg : “Chinese, Vietnamese, Japanese, you’re all the same!”





Spielberg walks back to the other side.


Then Jet Li calmly walks over to Spielberg and gives him a really heavy punch on the face.



Spielberg : “Hey! What that’s for….. !?!”


Li : “YOU BLOODY ASSHOLE! YOU SANK THE TITANIC!”


Spielberg : “No, I didn’t, an iceberg sank the Titanic!”


Li : “Iceberg, Carlsberg, Spielberg, you’re all the same!!!!!!”


..............................................-____-..............................................

Tuesday, October 20, 2009

Pitis (DUIT)

Suatu Hari Jumaat, Pak Mat pergi ke Masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana dia memakai kain, dia hanya membawa bersama duit RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari Masjid. Selepas menerima baki wang dari conductor bas, Pak Mat memasukkan wang baki 50 sen kedalam saku baju Melayunya.


Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri merapatkan saf mengikut jemaah-jemaah yang lain.

Ketika hendak rukuk,duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di Saf depan.Memikirkan hanya itu saja wang yang dia ada,dia pun menegur orang di Saf depan.



Pak Mat: Jangan ambik Pitih Aku tu(Jangan ambil duit aku tu)

Jemaah 1: Eh, Aku tak sey limo puluh sen tu gak(Aku tak mahulah duit 50 sen tu)

Jemaah2: Weh, Ore semaye mana Bule Kecek(Masa sembahyang mana boleh Bercakap)

Jemaah3: Hoaaa…Mu kecek tuh…(Yang kau bercakap tu..)

Jemaah4: Mujo aku tak kecek(nasib baik aku tak cakap apa-apa)


Jemaah lain terbahak bahak ketawa.



Apa kesudahannya…………?