Friday, May 22, 2009

Hamba Allah Yang Berjasa


Banyak cara untuk kita berjasa kepada orang yang kita sayangi. Kalau kita hendak menjadi anak yang berjasa kepada ibu bapa, kita bila-bila masa boleh menawarkan tenaga. Jika ibu bapa kita minta bantuan kita untuk membersih dan mengemas rumah, kita boleh tolong. Jika ibu bapa kita letih dan sakit, kita boleh saja memicit dan merawat. Jika kita berwang, boleh saja tiap-tiap bulan kita menghulurkan wang kepada mereka. Jika ibu bapa kita telah tua, lagi banyak peluang untuk kita berjasa kepada mereka. Kita boleh mengajak mereka tinggal di rumah kita, kita boleh hiburkan hati mereka dengan mengajak mereka bersiar-siar dan membeli barang keperluan mereka. Kita boleh berjasa kepada mereka, bukan setahun sekali malah setiap hari. Begitulah hakikat berjasa kepada manusia secara umumnya.

Tetapi kepada Allah, apakah peluang dan bagaimanakah cara kita dapat berjasa kepada-Nya? Allah berlawanan dengan sifat manusia. Allah tidak akan rasa letih dan sakit seperti mana manusia merasainya. Allah tidak memerlukan pakaian dan makanan seperti mana manusia memerlukannya. Malah Allah tidak memerlukan manusia seperti mana manusia memerlukan Allah. Lantas, peluang untuk kita menjadi hamba Allah yang berjasa sangat terhad.
Sangat terhad.

Kita ada satu ruang dan peluang sahaja untuk menjadi hamba Allah yang berjasa. Ruang dan peluang itu ialah MENOLONG AGAMA-NYA. Inilah satu-satunya peluang dan ruang yang terhampar di depan kita. Kalau kita berlalu tanpa mengutip peluang ini, maka tiadalah kita menemuinya lagi di sepanjang perjalanan hidup kita.Dua langkah yang boleh kita ambil untuk menolong agama Allah ialah:-

1. Menjadi DA’I - Da’i atau pendakwah yang berperanan dalam menyebarkan agama Allah kepada dua pihak iaitu kepada orang yang belum beragama Islam dan kepada orang yang sudah beragama Islam. Kita boleh menerangkan tentang kebenaran, kebaikan dan kesyumulan Islam kepada kaum Cina, India dan sebagainya melalui lisan dan tulisan. Kita juga sewajarnya berdakwah di kalangan umat Islam sendiri agar umat Islam lebih mengenali agama mereka, beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran dan al-Hadis yang mencakupi segala skop kehidupan.

2. Menjadi JUNDULLAH - Jundullah ialah tentera Allah yang berjuang di medan jihad sama ada jihad itu menuntut pengorbanan nyawa atau menuntut pengorbanan tenaga, masa dan harta benda. Kita boleh menjadi jundullah dalam menegakkan hukum Allah, syariat-Nya dan berjuang dalam menjadikan hukum dan syariat itu berdaulat, ’memerintah bukan diperintah’.Dalam kedua-dua langkah itu, kita tidak akan ditanya tentang berapa orangkah sudah berjaya engkau Islamkan atau sudah menangkah engkau dalam menegakkan Islam. Berjaya dan menang adalah hak dan ketentuan Allah. Yang penting adalah kita berperanan secara istiqamah tanpa mengenal putus asa. Kerja kita hanya tamat apabila berlangsungnya nafas terakhir kita. Kerja Islam adalah kerja tanpa musim.

Demikianlah dua langkah yang perlu diambil sekiranya kita ingin BERJASA KEPADA ALLAH. Ingat, seorang ’abid (ahli ibadat) belum tentu menjadi hamba yang berjasa kepada Allah. Akhirnya, pilihan sudah ada di depan kita;
sama ada kita ingin menjadi HAMBA ALLAH YANG BERJASA atau HAMBA ALLAH YANG TIDAK BERJASA.

Thursday, May 21, 2009

Banin Usaha Lagi! Haha

Semenjak aku kecil lagi, aku rasa tak pernah aku berusaha keras nak dapatkan apa-apa je. Aku rasa semua yang aku nak semuanya aku dapat tanpa perlu usaha keras. Lagi-lagi bab belajar ni. Cepat je aku rasa dapat pick up apa yang cikgu ajar. Kat sekolah rendah, aku tak pernah tumpukan perhatian dalam kelas. Belajar macam nak tak nak je. Tapi result gempak gak even tak pernahnya aku dapat no.1 dalam kelas. Mesti aku dapat no.2 je. Sebab no.1 confirm dapat kat budak genius+kerja keras, Fatin Nabila. Dia cakap aku pesaing ketat dia. Tapi aku tak berminat langsung nak bersaing. Aku tak pernah buat benda sungguh. Aku cakap, dah lulus ok la tu. Same thing masa kat sekolah menengah. Tapi sebab aku masuk SBP, ramai lagi la budak-budak yang genius(aku sorang je tak.haha). Tapi macam biasa, dah lulus ok la tu. Fikrah aku camtu je. Lulus dah ok. Sebab aku tak pernah usaha sungguh-sungguh la membuatkan aku tak tahu langsung apa tu ketekunan?usaha gigih?pengorbanan?aku rasa useless je benda tu semua. Biasala, orang yang tak motivated cam aku ni, lulus dah la.haha. Lagipun dikurniakan otak yang boleh la pickup pelajaran(ilmu duniawi je.haha)

Tapi, entah macam mana la boleh tergerak hati aku ni nak pergi ke interview kemasukan program persijilan tahfiz DQ-UIAM ni da (kuasa Allahuakbar). Niat aku pergi interview sebenarnya saja je suka-suka nak rasa pengalaman bagaimana di interview di samping dapat ponteng kelas dan bersiar-siar(ceh, padahal ni sebab utama.haha)

Dengan kuasa Allah, ditakdirkan aku mendapat surat tawaran ke DQ 2 hari sebelum tarikh pendaftaran. Kelam kabut dibuatnya nak bersiap tapi terima kasih tak terhingga buat mak dan ayah yang bertungkus lumus menguruskan pendaftaran aku( jasa yang tak pernah aku dapat balas). Dengan kemasukan aku ke DQ, barulah aku merasai pengalaman yang tak pernah aku alami. Betapa sukarnya kehidupan aku kat sini. Di sini barulah aku belajar erti pengorbanan, ketekunan dan usaha gigih. Bukannya senang nak menghafal 30juzuk al-quran yg mempunyai 604 muka surat. Boleh pecah kepala aku dibuatnya. Sehari mesti menghafal, tasmik ayat al-quran 2 maqra'( 1 maqra' 2 muka setengah, 5 muka la sehari weh!). Pnt. Tapi aku tak pernah hantar 2maqra' tu. Aku start hafal dari zohor ke asar, maghrib ke isya', kadang-kadang siap tidur di masjid yang penuh nyamuk tu pun, tak pernah aku dapat tasmik kat ustaz 2 maqra'. Paling hebat pun 4 muka je. Sudah la nak mencari hafalan baru. Tapi bila hafal yang baru, yang dah lama-lama tu pulak tak ingat. Susah betul la.


Kat sini la baru aku belajar erti bersusah-susah, berusaha gigih dan berkorban nak dapatkan sesuatu. Aku bersyukur sebab Allah timpakan ujian sebegini, baru aku dapat rasa perit jerih usaha dan yang paling best, rasa manisnya bila dah berusaha dengan apa yang termampu. Sampai aku nangis sebab aku hafal tak ingat-ingat lagi. Penatnya menghafal ni. Tapi bukan semua orang yang menghafal macam aku. Ada yang dah baca sikit-sikit je, terus masuk permanent dalam kepala otak. Dalam hati bermonolog, best jugak kalau jadi macam tu, senang je nak hafal.haha. Ada jugak 1 hari tu aku rasa lemah dan tak ada semangat langsung nk menghafal ni.

Terasa susahnya seperti menanggung bumi kat atas kepala(ayat hiperbola) dan kebetulan masa tu kemasukan pelajar sijil Tahfiz Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan(OKUMP). Dalam hati aku bermonolog, 'ish, diorang yang kekurangan nikmat dari-Mu boleh menghafal, takkan aku yang sihat walafiat ni tak boleh? Adakah aku tak bersyukur nikmat penglihatan untuk membaca dan menghafal ayat-ayatnya dengan lagi bagus?' Ada sekali tu jugak aku memimpin seorang pelajar OKU(Orang Kuat Usaha.haha) balik bilik dia dari masjid. Dalam perjalanan tu sempat la berbual-bual sikit. Aku tanya dia, kenapa tinggal sorang je tak balik, pelajar OKU lain semua balik. Dia dengan selamba jawap, "Saya ni ketinggalan sikit dalam menghafal, so kenalah korbankan cuti, kena lagi kuat usaha, kena pulun, barulah dapat hafal lagi bagus. Allah mesti tolong." Masya-Allah. Betapa kuatnya semangat dia yang handicapped berbanding aku ni. Terkedu lidah ak. Patutlah OKU. Orang Kuat Usaha.hehe.




Aku bersyukur yang amat-amat sangat kerana dengan ujian ni menjadikan aku orang yang lebih kuat berusaha dan motivated. Yang paling penting, menjadikan aku taqarrub dengan-Nya melalui ayat-ayat cinta-Nya yang ak hafal sekarang. Memang aku tak ingat kesemuanya tapi aku mesti berusaha mengingatinya untuk aku dapatnya redha-Nya. Dia memberi aku 1 taklifat yang sangat berat untuk dijaga - iaitu Kalamullah. Lagi-lagi dalam masa terdekat ni dah nak masuk Uiam.huh, lagi bertambah-tambah la sibuknya. Aku berharap dan berdoa supaya aku tak lupa mengingati-Nya dan ayat-ayat-Nya walau sesibuk mana pun aku ni.

Insya-Allah!

Imtihan oh Imtihan...


Imtihan! Aduh, dengar perkataan ni je bikin sesak dadaku. Mana taknya, benda ni la merupakan the greatest enemy to beat for every student in this world. Masa awal-awal sem stay relaxed and cool je. Masjid terasa "Ya Allah, jauhnya macam 2 marhalah(padahal 200meter tak sampai)". Masa tidur mengalahkan waktu belajar. Kelas suka hati je nak datang ke tak. Kalau datang pun pukul 9 ke atas. Padahal kelas start pukul 8(macam bapak sendiri punya). Bila je masuk 2 minggu lagi nak exam, ha..mula la kelam kabut nak mengulang. Masa-masa genting macam ni la baru nak mengaku alquran rakan karib ku. Masjid sentiasa di hatiku(dah jadi 2 meter pulak).haha. Kelas jangan cakap, lepas solat subuh(di masjid imam 1st 2) dah tekun menghafal.haha. Hebat sungguh aura imtihan. Sampai dapat merubah insan yang alpa menjadi lebih bertakwa. Meriah masjid bila tibanya imtihan. Tak pernah-pernah nampak kat masjid pun tiba-tiba je dah ada kat saf pertama. Ada yang siap jadi imam. Sempat bergurau dengan seorang rakan. "Aih! Ingat lagi ko jalan ke masjid ek? Ingat sesat.hahaha''

Tapi, apa-apa pun semoga berjaya kepada rakan-rakan sekalian. Doa saya mengiringi kalian untuk menempuh onak dan duri imtihan. Jadikannya sebagai motivasi untuk kita beristiqamah mengkoreksi diri.

Ni tidak, bila dah habis exam, back to basic balik.haha. Wallahualam.

Wednesday, May 20, 2009

Mulut. Perut. Tangan.

Hai mulut,
Tolong jangan sukakan ketawa
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada tangis pedih saudara Palestin
Pada jerit ngeri saudara Chechnya
Pada rintih sayu saudara Afghanistán

Hai perut,
Tolong jangan sukakan kenyang
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada perit lapar anak-anak Somalia
Pada pahit derita anak-anak Bosnia
Pada jerih seksa anak-anak Sudan

Hai tangan,
Tolong jangan sukakan yang sia-sia
Bukan apa
Nanti terlupa
Pada pedih berdarah penjara Mesir
Pada letih terikat mujahid India
Pada deras mengalir darah Iraq

Bila mulut, perut, dan tangan,
Mula larut dalam hiburan
Mula rapuh hubungan Tuhan
Mula sesat hilang tujuan
Kasihan..

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru


Hari ini adalah hari guru(isk! bru aku perasan. haha) yang diraikan eksklusif untuk meraikan para tenaga pengajar di serata dunia tak kira ilmu apa yang diajari(ilmu yang bermanfaat je kan?haha). Walaupun aku tak pernah merasa perit jerihnya menjadi sang murabbi, tapi mungkin aku dapat rasa keperitan mereka menjalankan tugas ni sebab aku ni seekor anak murid yang nakal nak mampus! Hahaha. Menjadikan aku antara mehnah dan tribulasi yang terpaksa diorang hadapi. Actually I don't have nothing to write more but the melody of memories keep singing inside my head that forced me to write although the time has passed.haha. Ni la secebis memori di sekolah

[1]

:: Sejarah aku time form 1(aku dah lupa nama dia.haha) memang aku agak bengang dengan dia sebab menjadikan aku orang 'tertinggi' dalam kelas. Aku selamba je tidur dengan lentok sekali masa dia tengah mengajar(dah le aku duduk tempat depan sekali) menyebabkan ak terpaksa berdiri sepanjang kelas. Malu woo! Tapi yang aku tak puas hati, bila aku tengok beliau mengajar kat kelas sebelah, berjuta-juta je orang yang tidur selamba( siap terbuka luas mulutnya ) tapi tak ada pun yang kena. Maybe time aku kena dia tengah 'mooncoming' kot. ABC.haha.

[2]

:: Masa form 2 ketika ujian bulanan Subjek Sejarah, aku(xstudy langsung dowh) dengan suksesnya meniru tanpa dikesan kecuali sorang kawan aku ni ternampak. Nasib baik kawan baik. Takdela dia nak report ni. Aku sebenarnya tiru sebab aku takut tak pass sebab memang aku tak tahu 1 habuk pun pasal soalan yang masuk. Nak dijadikan cerita, aku pulak sorang-sorangnya budak kelas aku yang dapat A.haha. Cikgu Rodzanariah sangat berbangga dengan aku sampai bagi hadiah( meniru pun dapat hadiah!haha ). Saya mintak maaf la cikgu. Tapi yang paling kelakarnya kawan aku yang nampak aku meniru dapat markah terendah dalam kelas. 28% je( memang dia buta sejarah semula jadi ). Jadi, aku pun kongsila hadiah 2 dgn dia.hahaha.

[3]

:: Time form 3 bertambah la nakalnya. Banyak masalah aku buat( time ni tanduk baru tumbuh ),tapi yang paling aku ingat masa aku kenakan Cikgu Amnah - cikgu bahasa Melayu aku.haha. Masa tu dia dengan baik hatinya tanya soalan mana yang nk dibincangkan dari kertas soalan latihan PMR(yang ada 40 soalan). Setiap soalan yang nak dibincangkan dia akan tulis kat whiteboard. Ada yang nak soalan 10,12,18..macam-macam lagi la. Aku pun saja-saja bergurau;
''Soalan 41 cikgu!''
Dia dengan selamba tulis je nombor 41 kat situ. Apa lagi. Bergegar kelas dengan gelak tawa student-student nya.haha. Soalan ada 40 je. Aku tau dia bengang dengan aku, tapi masih tersenyum2 kambing even muka dah merah gila.haha. Lepas 2 aku minta maaf.haha

[4]

:: Form 4 aku suka pulak mengutuk-ngutuk cikgu. Cikgu Najid dengan tangan yang berpusing-pusing, Cikgu Mazinah yang selalu salah pronounce English word( e.g.chateristic) dengan loghat kedah pekat dia(haha), Che Mat dengan perutnya, Cikgu Atan dengan kekasanovaan beliau dan banyak lagi la. Banyak dosa aku. Minta maaf cikgu. Selamat Hari Guru.

[5]

:: Form 5 yang aku paling ingat sekali dengan Cikgu Rafidah(Add Math) la. Aku rasa takde cikgu lagi ganas dari dia. Kalau marah memang satu sekolah dengar. Tak payah guna mikrofon.haha. Kucai(budak kelas aku) yang tak dapat jawab soalan Arithmetic Progression kena marah macam dia ada bunuh orang.haha. Ada sekali aku tak siap kerja(ak xreti buat la,bukan xnak), dengan siotnya dia suruh aku buat kerja dekat tengah-tengah panas. Menyirap je aku. Alhamdulillah. Aku kena denda dengan Saufi Jibam. Dia tau la cara nak selesaikan. Aku rasa, kalau aku sorang je kena denda, sampai sekarang aku kena dok situ siapkan.haha. Tapi memang semua orang takut dengan dia. Sebelum dia masuk kelas, hatta dia nak lalu kelas aku je, semua orang akan berusaha berlakon menjadi pelajar cemerlang yang sentiasa berdedikasi. Belajar walaupun cikgu takde.haha.banyak la korang.

::Yang ni aku tak boleh lupa.haha. Subjek Pendidikan Syariah Islamiah yang diajar Ustz.Zakiah merupakan waktu emas untuk aku melepaskan syahwat tidur aku.haha. Memang dia bengang betul dengan aku. Dia dengan berdedikasinya mengajar, aku boleh pulak dok krohhh..kroh..nak dijadikan cerita, 1 hari ni, aku takdela ngantuk sangat pun, tapi saja-saja buat tidur. Dia pun apa lagi, dengan muka yang manis menyuruh aku menjadi peminta sedekah kat depan kelas. Suruh aku duduk kat atas lantai.haha. Nasib baik dia bekalkan aku surat khabar buat alas.haha. Malu betul hari tu. Alhamdulillah kelas PSI 2 dah dekat dengan waktu rehat. Tak la lama sangat.haha. Tapi aku berdoa time 2.harap-harapla budak kelas 5uranus tak rehat lagi. Kalau tak, lagi malu aku( fikir2 sendiri la.haha)

:: Ada sekali ni pulak kantoi dengan Cikgu Atan. Aku pakai kad matriks orang lain. haih! Masalah, masalah. Kalau pakai kad matrik laki tak pe. Tapi ni perempuan punya. Terpaksalah mendengar leteran Cikgu Rahimaton, cikgu disiplin merangkap cikgu English aku(set 1.haha.) Sorry lah teacher. Terpaksa aku tipu dengan bantuan Ainie.haha

Tu la sedikit sebanyak kenangan aku bersama cikgu. Banyak lagi sebenarnya. Tak tertulis aku. Haha. Kepada semua orang yang pernah mengajar, aku ucapkan Selamat Hari Guru........


"Imam G menyumpah seorang lelaki yang menghina guru beliau. Ditanya apa yang diajar guru itu kepada Imam G, dijawapnya ilmu bagaimana membezakan anjing jantan dan anjing betina."

Hormati dan sanjungilah semua insan bergelar guru walau hanya sedikit ilmu dipelajari daripadanya. Jangan nakal-nakal!

Thursday, May 14, 2009