Thursday, April 29, 2010

Lagi Cerita Onta daa..


“Saya mahu naik unta ini, bukan anak unta, wahai nabi Allah,”

Ada suatu ketika seorang perempuan ingin menaiki untanya. Oleh kerana unta itu besar ia agak menyukarkannya. Dengan segala usaha, dia cuba juga untuk naik ke atas badan untanya. Namun dia masih tidak dapat naik. Satu rombongan tentera telah melalui tempat perempuan itu. Perempuan itu pun menahan salah seekor kuda tentera itu. Kuda itu adalah kepunyaan Nabi Muhammad. Perempuan itu dengan gembiranya sambil berkata;

“Wahai nabi Allah! Bantulah saya naik ke atas badan unta ini,” kata perempuan itu kepada Nabi Muhammad.

Rombongan tentera yang mahu pergi berperang itu pun berhenti setelah diarahkan oleh Nabi Muhammad.

“Aku akan naikkan engkau di atas anak unta,” kata Nabi.

“Saya mahu naik unta ini, bukan anak unta, wahai nabi Allah,” kata perempuan itu.

“Tidak! aku akan naikkan engkau di atas anak unta juga,” jawab nabi dengan tegas.

“Anak unta itu sangat kecil. Ia tidak akan mampu menanggung beban seluruh badan saya ini,” kata perempuan itu sambil merayu.

“Aku kata, aku akan naikkan engkau di atas anak unta,” jawab nabi lagi.

cammel-f
Perempuan itu hampir menangis apabila mendengar Nabi Muhammad mengulagi kata-kata bahawa dia akan dinaikkan ke atas seekor anak unta.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berada bersama-sama ketika itu tersenyum melihatkan peristiwa itu. Melihatkan mereka tersenyum, perempuan itu kebingungan. Ia mula hendak marah kepada mereka. Seorang sahabat telah berkata:

“Tidakkah setiap unta itu asalnya dari seekor anak unta.”

Perempuan itu kebingungan. Setelah beliau mengamat-amati kata-kata sahabat itu, barulah beliau faham. Anak unta yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad itu adalah untanya yang sebenar. Unta juga berasal dari anak unta. Barulah ia tahu Nabi cuba hendak bergurau dengannya. Setelah faham maksud kata-kata Nabi Muhammad, perempuan itu tersenyum.

Nabi Muhammad turun dari kudanya dan membantu perempuan itu menaikki untanya. Perempuan itu pun naik ke atas untanya dengan mudahnya. Setelah mengucapkan terimakasih, perempuan itu pun berlalu pergi. Sambil memandang sahabat-sahabt yang lain, perempuan yang tidak jadi marah itu tersenyum sendirian.

Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya juga tersenyum memerhatikan perempuan itu.

camel2