Wednesday, January 20, 2010

Nasi Oh Nasi

Hahahaa...
Akhirnya setelah aku berpuasa tak makan nasi selama tiga hari berturut-turut dah pun berakhir dek kerana tak tahan godaan dunia yang melalaikan..hahahah

Memang terasa hidup ini menyeksakan apabila tak dapat menikmati makanan ruji negara Malaysia yang tercinta ini..hohohho~~

Tapi alhamdulillah le kerana berat badan aku tidak sedikit pun susut da...cehh..baru tiga hari bajet boleh turunla berat badan..hahah

Tapi kalau aku makan banyak-banyak pun sampai tak ingat dunia mahupun akhirat, aku rasa badan aku tetap maintain slim dan kurus je da..itu yang aku paling tak paham dengan tahap metabolisma aku ni..

Mungkin ini anugerah Ilahi..hahahh..

Apa-apa hal pun janji kita kena ingat terutamanya aku yang hina ini bahawa kita makan untuk hidu, bukannya hidup untuk makan..
Kesimpulannya..janganlah banyak songeh kalau makanan tak sedap ke apa ke da..janji kenyang dan dapat meneruskan kehidupan meneruskan misi mencapai mardhatillah...heheheh

Sunday, January 17, 2010

How Could I Survive????

Huuuu....

It has been a really challenging year for me this new year...

2010 may not be my lucky year as I've been through a lot of problems throughout this unlucky year even though it is just 17 days old..

Aduhhh....boeh la pulak kad matriks buat hal..nak rosak time-time genting macam ni...huhu

Kena keluar duit cara manual la pulak..kena pergi bank la...

Dah le nak keluar pun kena mintak kebenaran la..apa la..ish3

Lepas tu nak tukar kad baru pulak kene bebel-bebel dulu sampai naik capang telinga..

"Laaa..kad rosak lagi..kenapa sekarang ramai yang rosak kad ni...awak ni, jagalah kad awak betul-betul..."kata si fulan...

"Aik, aku lak kena..aku dah jaga betul-betul la..aku letak dalam wallet tak kelar-keluar duit pun la.tak kanle aku tak keluar duit boleh rosak..kad matriks ni murah sangat..kejap je da rosak...what the heaven..huh.."(monolog aku dalam hati jea..hahahah)

tapi memang betul apa..Kawan aku dah ramai yang rosak.

dah tukar kad baru, tak dapat-dapat sampai sekarang..

pergi bank, pihak bank suruh tanya pihak Uia..Dah Pergi Uia, dia pulak suruh tanya bank...what the heaven!!!!!!!!!!!!!!!!!??????

So, sampai sekarang aku dah tak ada duit la...siot betul..

Hutang aku pun dah belambak-lambak dah ni...

nasib baik aku hutang kawan aku da...

kalau along, dah lama dah aku tinggalkan dunia yang fana ni..huhuhuh..nauzubillah...

sekarang pun, aku makan je apa yang ada..Kalau tak ada makanan, aku minum jea..hahahah

Aku harap berat badan aku tak susut la...dah le kurus..hahaha

Dahle..don't talk about money..hahaha



Ada satu hari tu, aku bengang betul la dengan seorang fellow yang agak tua bruban-uban tak sedar diri..huh

aku datang elok-elok je nak jumpa beliau...nak mintak sesuatu yang hanya memerlukan masa tak sampai seminit...

aku nak mintak kad matriks aku je kat beliau...

Dengan tak semena-mena beliau berkata; 

"Nantilah awak datang balik ye, waktu berehat dah nak dekat ni..lagi pun lepas ni solat jumaat. awak datang lepas ni sebelum pukul lime ye.."(nada dia tenang lagi)

Aku pun bermonolog dengan muka tak puas hati, "Laaaaa, mende ni kalau bagi je tak sampai 10 saat..tak adanya habis dah orang sembahyang..waktu sejam lagi nak masuk...huh..tah pape.tak apalah..blah la dulu.."

Tiba-tiba....


"Cantik baju awak, siap ada belang lagi.." satu ungkapan pemerlian dari beliau tersembul keluar dari mulutnya...

"Awak tahu peraturan kan?? Awak ada buku peraturan??? Awak tahu dress code kan???"

Aku mengannguk sahaja...

"Awak pakai baju belang-belang macam ni, awak tak ikut peraturan kan???

Awak ni tak respect langsung kat peraturan. Awak suka kan orang respect kat awk???

Aku mengangguk-angguk seperti orang berzikir...

jadi, kenapa awak tak ikut peraturan??? saya boleh saman awak ni tau..

Aku hanya berdiam diri sambil tunduk ke bawah dengan muka yang ketat..

(Semua dialog-dialog beliau dilafazkan dengan nada yang tinngi seakan-akan bercakap dengan orang yang 10km jauhnya....)

Lapas tu aku blah je dengan muka yang masih ketat..Tah pape.. Nak tegur pun tegur la elok-elok..

Geram aku dibuatnya.. Rasa macam nak makan je..ahahah

tapi nak tegur tu elok-elok la..


Beberapa hari selepas itu, aku ternampak bayangan seseorang memakai kemeja berkotak-kotak dengan rambut beruban disikat rapi..

aku hanya tersenyum dan memberi salam sambil menguntum senyuman ikhlas...orang tersebut hanya terus berjalan langsung tidak memandang kepada pemberi salam.

"Cakap orang je lebih..dia pun pakai macam tu...aku saman baru tau..huh..... Nak suruh orang buat dia pun kena lah buat...huh



Tahun 2010 Yang tah pape...

Kira-kira lebih setengah bulan tahun 2009 melabuhkan tirainya....

Terasa begitu cepat masa berlalu... Rasa macam baru je lepas lahir..cehhh..melampau-lampau hiperbolanya..hahahh

To think of what I've done in the year that has just passed, it is really satisfying me as a human being, as a slave of Allah, as a man..as a khalifa in this world...

Yelah...umur semakin hari semakin tua...semakin hari semakin dekatlah dengan ajal yang tak akan ditangguh walau sesaat...huhuhuh

Malaikat Izrail adalah semalaikat yang punctual...to think of that..I'm really  afraid of dying..

Because I know...I'm not a really a good slave of Allah..afraid of not becoming what He wants me to be on this earth..

huuhhh...

day by day, i should improve myself to be a better man..but what really happens is not what I want..huhuh

so, I've got to be strong.........

Ya Allah....tetapkanlah hatiku untuk sentiasa berada di jalanmu..

Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mengigatimu Ya Rabb...

Pimpinlah daku ke jalan yang lurus..

Supaya hambamu ini tetap thabat menghadapi dugaanMu...

Ameen...

Thursday, December 3, 2009

Minggu yang Agak Sibuk...

Aduh.......

Penatnya minggu ni da..even just banyak tidur yang berlebihan...

Ada je orang yang marah sebab tidur berlebihan...

Sampai assignment beliau kena hantar lewat sehari..

Nasib baik dapat extension oleh ustaz yang sangat baik..hehehe..

Banyak betul assignment minngu ni..

ED dengan morphology yang entah apa-apa..

Idea pun tak ada...

Prototype pun tak hantar..

GC dengan blok-blok pelik bersama pondok pak guard nya...

Kena buat A2 size pulak tu..uhuhu.

Assignment computer...kuiz...

macam-macam..

tapi sibuk-sibuk pun sempat lagi la aku buang masa meluahkan perasaan kat sini ye...

pastinya ada je yang marah..hahahaha..

jangan marah ye..

idea...datanglah...

Monday, November 30, 2009

Korban Makhluk Asing


Pada suatu ketika di musim haji......
Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke
bumi.

"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander
pader rakannyer.

"Sudah tuan....sumer suah ready....tinggal nak land je" jawab sorang
lagik.

"Ok bagus...cumer tinggal satu lagik yg kiter nak kener bereskan
sebelom mendarat " balas komander alien tu.

"Oh ye ke? Aper tu tuan?"

"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi.....takkan kiter nak turun
dgn ruper kiter camnie....nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan
buno kiter" jawab komander alien tu.

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak
pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik.

"Ah yg tu kao jgn bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu
kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar,
pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah" jelas
komander.

"Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu"

Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi...dgn senyap
senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak.
Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung
sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai
dua makhluk bumi .Mereka keluar dari tempat persembunyian dan
berjalan kearah dua penduduk bumi yg sedang bekerja. Kerana bentuk
tubuh badan mereka yg samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun
meraser hairan dgn kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon
bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan. Tiba tiba...mereka
terdengar bunyik riuh di belakang , mereka pun toleh dan nampak
sekumpulan makhluk bumi yg lain sedang berlari ke arah mereka.
Sementara itu makhluk bumi yg dua nie terus menghilangkan diri.

"Ah cepat...cepat.....jgn kasi dia lari!!!!!" seorang daripader
makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer.

Kedua dua makhluk asing ini tercegat....mereka tidak tahu aper yg
telah terjadi.

"Ahhhhh dapat jugak!...kalau antum orang nak tahu inilah dua ekor malaun
aku yang nak buat korban tahun ni..ada pun..penat aku cari....ok kita bawa ke
kampung...kita sembelih ni dua ekor kerbau." Pak Salleh memberitahu
orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yg nasibnya tidak diketahui...........

Pengajarannya..selamat berkorban......