Sunday, July 6, 2008

Gejala "Nevermind" Dalam Masyarakat

Sabda Rasulullah s.a.w:
‘Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang keadaan orang islam sesamanya,maka dia bukanlah sebahagian dari kami…’


(Hadis ini adalah hadis dhoif/lemah tetapi ia masih sebuah hadis & boleh digunakan untuk beramal/menggalakkan amal. Ia tidak boleh digunakan untuk berhujjah.)

Nevermind yang mungkin boleh dianggap sebagai virus yang membahayakan semakin menular dikalangan umat islam masa kini. Virus ini seharusnya dihentikan penyebarannya secara drastik dengan menggunakan anti virus the latest version oleh pakar-pakar yang bernama umat islam itu sendiri. Jika pemikiran spesis bervirus begini tidak dihapuskan dari program minda umat islam,ia mungkin akan menghapuskan sensitivity umat islam itu sendiri terhadap sesama muslim. Lalu akan lahirlah umat islam yang dipijak-pijak seperti sekarang ini. Tiada langsung sifat hormat golongan kafir terhadap kita. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Apabila dikatakan nevermind, kita seolah-olah tidak kisah akan apa yang mungkin terjadi kepada umat islam pada masa kini dan masa akan datang. Apa yang dapat kita lihat ialah,semakin berkurangnya umat islam yang mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar. Renungkan semula, sejauh manakah kita berusaha untuk menegur jiran-jiran kita yang mungkin telah tersasar jauh dari landasan agama? Contoh yang lebih dekat lagi ialah adik beradik kita dan saudara mara kita sendiri. Jika kita berusaha untuk melakukannya, alhamdulillah, kerana kitalah insan bertuah yang diberi kekuatan oleh Allah. Namun bagi yang belum pernah berusaha, perlu muhasabah diri. Bila lagi kita akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini? Kita sebenarnya belum berada ditengah-tengah keadaan sebenar masyarakat yang huru-hara seperti pejuang-pejuang yang terdahulu. Contohnya pada zaman Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Jangan cepat berasa ujub jika berjaya berdakwah hanya dua tiga orang sahaja sedangkan beribu-ribu lagi sedang menunggu.Teruskan
usaha!! Jika kita pergi ke kompleks membeli-belah,apa yang dapat kita lihat ialah ragam-ragam anak muda dgn budaya-budaya songsang yang mungkin dapat saya katakan sebagai keterlaluan dalam berpakaian dan akhlak. "Tidak ada ibu bapakah mereka?"

Kadang-kadang pening juga kalau nak fikir tentang hal begini. Ya! Mungkin kita bukan orang besar untuk memikirkan keadaan ummah yang semakin hari semakin teruk. Tapi ingatlah bahawa diakhirat nanti segalanya akan dipertanggungjawabkan tentang perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Setiap manusia itu pemimpin dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Kita juga yang akan ditarik oleh mereka yang tidak kita tegur semasa di dunia ini dan mengatakan bahawa kita tidak berusaha untuk membantu mereka yang telah tersasar.

Wallahualam.

Apa-apa

PERNAHKAH anda berjalan-jalan pada bulan Februari di pusat beli-belah, kedai-kedai buku, atau ke mana-mana sahaja dan cuba perhatikan di sekeliling anda, di dinding-dinding atau langit-langit terpampang gambar warna merah jambu, ada yang berbentuk dua buah hati jambu dan sebagainya yang pastinya akan mengundang pelbagai perasaan dalam hati.

Memangnya, ada apa dengan bulan Februari ini, sehinggakan banyak terpampang gambar hati merah jambu? Di antara meriahnya warna merah jambu terpampang tulisan besar-besar ‘Happy Valentine Day’, di televisyen dan radio, majalah mahupun akhbar juga seolah-olah tidak ingin ketinggalan menampilkan iklan Hari Valentine, memanfaatkan isu ‘valentine day’ dengan menyelenggarakan pelbagai acara yang kebanyakkannya boleh merosakkan akhlak muda mudi dan para remaja.

Apa yang jelas, Valentine Day bukan saja diraikan oleh para remaja, tetapi juga oleh para ibu bapa terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur ini. Maka penuh sesaklah restoran-restoran mewah, hotel-hotel mewah dan ruang-ruang mewah dengan acara memperingati kekasih dengan cara yang di luar batas-batas kehendak Islam.

Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam. Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan jenis, dan perbuatan maksiat lain.

Islam adalah akidah dan syariah, di dalamnya terkandung aturan seluruh kehidupan manusia. Tidak ada satu pun kehidupan yang tidak diatur oleh Islam, dan setiap Muslim wajib ‘mengikat’ seluruh perbuatannya dengan hukum syarak, diharamkan ia melakukan perbuatan tanpa mengetahui status hukumnya, sebagaimana kaedah fekah, mengatakan ‘al aslu fi al af’al ataqiyudu li al hukmi syar’i’ yang bermaksud ‘Asal (pokok/hukum) perbuatan itu terikat dengan hukum-hukum syarak.’

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa: 65)

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)

Jelaslah daripada ayat-ayat di atas, setiap Muslim wajib mengikatkan seluruh perbuatannya dengan apa yang Allah telah turunkan dalam al-Quran dan Sunnah, dan dilarang keras kita mengambil hukum selain dari hal tersebut. Tidak dijadikan akidah Islam sebagai ikatan pemutus seluruh perbuatan manusia dewasa ini merupakan faktor kenapa ramai remaja sekarang terperosok dalam perbuatan haram, di samping itu ketidakfahaman mereka terhadap hal tersebut, dan budaya ikut-ikutan memainkan peranan ini.

‘Berkasih-sayang’ versi Valentine ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut-pautnya sedikit pun dengan corak hidup seorang muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung.

Jika kita fahami nas-nas syarak dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’

Di sini amatjelas Valentine Day adalah budaya orang kafir, yang terang-terang kita dilarang untuk mengamalkannya. Dalam hal ini, kita dilarang menyerupai budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah teknologi, budaya yang tidak lahir dari pandangan hidup mereka; seperti bahasa asing, menanam padi yang baik, membuat kapal terbang, komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita dituntut untuk mendalami ilmuilmu tersebut.

Hal ini diperkuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada golongan mereka.” (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)

“Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umatku (umat Islam).” (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin Syu’aib).

Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan ‘tashabuh’, menyerupai, meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur tersebut jauh-jauh.

Aktiviti muda-mudi ketika merayakan ‘valentine day’ juga banyak yang melanggar syarak, mereka melakukan aktiviti berdua-duaan/khalwat, antara berlainan jantina, saling bercumbuann, berpegangan tangan, kadang-kadang dilakukan secara ramai-ramai, bercampur gaul lelaki dan wanita yang bukan mahram, disertai dengan alunan muzik, saling rayu-merayu. Padahal sudah sangat jelas bahawa hukum asal kaum wanita dan lelaki adalah terpisah sebelum ada dalil / keperluan syarie yang menuntut bertemunya mereka, misalnya berniaga, bekerja, beribadah, menunaikan haji, solat, menikah, dan sebagainya. Itupun mereka harus memperhatikan syarat-syarat pergaulan / akhlak wanita berhubungan dengan lelaki, menutup aurat dengan memakai kerudung dan jilbab, tidak berdandan berlebihan, dan sebagainya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa melakukan amalan yang tiada didasari perintahku (Quran dan Sunnah), maka amal perbuatannya tertolak.” (Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, ikut merayakan hari ‘valentine’ adalah tindakan tercela, dan haram bagi kaum Muslimin untuk merayakannya. Valentine sendiri akar kemunculannya daripada orang kafir, Barat, lebih-lebih lagi kemunculan tersebut berasal daripada budaya Yahudi, maka sudah sepatutnya kaum muslimin wajar meninggalkan hal tersebut.

MENENTUKAN SIKAP

Amat jelas sikap yang harus diambil oleh kaum muslimin, bahawa merayakan hari ‘valentine’ bermaknai meniru adat/budaya kufur kaum lain, padahal kita dilarang untuk mengikutnya, mengambil cara hidup yang lahir daripada akidah selain Islam, seperti valentine day, juga pemahaman hak asasi manusia, kapitalisme, sosialisme dan lain-lain lagi.

Sudah cukup kita hanya mengambil pandangan hidup yang lahir daripada akidah Islam kerana sudah jelas bahawa Islam adalah agama yang sempurna.

Begitu juga Allah s.w.t telah menyuruh umat-Nya supaya mengikuti’standard’ halal-haram, menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan, mengambil apa yang dicontohkannya dan meninggalkan perkara yang dilarangnya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.” (al-Hasyr: 7)

Maka, apa lagi yang kita tunggu selain meninggalkan bentuk ikutan acara ‘valentine day’ itu. Marilah serkarang kita mulai meninggalkan sesuatu yang memang wajib diingkari, dan memulai untuk berusaha menerapkan ajaran-ajaran Islam, memilih mana perkara yang tidak bertentangan dengan Islam kita ambil, sementara perkara yang bertentangan dengan Islam kita tolak dan tinggalkan.

Hendaknya kita renungkan katakata ahli sosiologi Ibnu Khaldun, “Yang kalah cenderung mengikut yang menang, daripada aspek pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat istiadat mereka.”

Hal itu selaras dengan apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.’ Di antara para sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasululah, apakah yang dimaksudkan (di sini) adalah bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani?’ Rasulullah menjawab: ‘Siapa lagi (kalau bukan mereka).’” (Riwayat Bukhari)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: